Header Lembaga Adat Naning

Wilayah Naning

Wilayah Naning merupakan sebuah wilayah yang tertua sekali di Malaysia dalam pengamalan adat Perpatih kerana Naning telah dibuka sendiri oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang atau Jatang Sutan Balun.

Berita & Aktiviti

Akan dikemaskini kemudian

Topik Menarik

Akan dikemaskini kemudian

Institusi Adat Perpatih Naning
  • Adat Perpatih Naning
  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  • Peruntukan Tanah Oleh Perlembagaan
Lembaga Adat Naning
  • Kewujudan Lembaga Ada Perpatih Naning
  • Senarai Lembaga Adat Naning
Pentadbiran Wilayah Naning
  • Unit Penyelaras & Pembangunan Adat (PENDAPAT)
  • Balai Adat Perpatih Naning
Rakan Kerjasama
  • DEWAN PEMBANGUNAN EKONOMI NANING MALAYSIA
  • DEPENA (M) SDN BHD
  • MAHSA UNIVERSITY
YAM Pewaris

PERUTUSAN

YAM Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka /
YAM Pewaris Tertua Pusaka Orang Kaya
Seri Raja Merah Undang Naning Melaka

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Naning Muafakat Melaka Berkat, Naning Makmur Adat Terluhur

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassolaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Anbiyaa’i Wal Mursalin Wa’ala Aalihi Wa Sohbihi Ajma’iin.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan Selamat Datang ke Wilayah Adat Perpatih Naning Melaka yang penuh dengan adat, budaya, resam dan sejarahnya.


Pengembaraan Adat Perpatih di bumi bertuah Malaysia ini bermula dari Naning sebagai tanah jejak pertama yang dibuka oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang. Wilayah Naning merupakan sebuah wilayah yang tertua sekali di Malaysia dalam pengamalan adat Perpatih kerana Naning telah dibuka sendiri oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang atau Jatang Sutan Balun.

Saya juga mengalukan kedatangan para pelabur luar dan dalam negara, pengkaji sejarah, pelawat, pelancong dari seluruh dunia dan juga masyarakat Wilayah Naning sendiri untuk sama-sama berganding bahu membangunkan seluruh pelusuk alam Naning dengan pembangunan lestari tanpa mengenepikan prinsip agama, adat dan budaya di Wilayah Naning. Kerajaan Malaysia dan Melaka telah membangunkan pelbagai bentuk kemudahan infrastruktur, kemudahan awam, pelaburan industri dan pelbagai manfaat yang kita sama-sama kecapi hari ini.

Jutaan penghargaan kepada kerajaan negeri Melaka yang baru dipilih oleh rakyat meneruskan pelbagai usaha membangunkan serta melestarikan pelaburan asing dan tempatan di Wilayah Naning. Seluruh Masyarakat di Wilayah Naning merasai serta meraikan segala usaha pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan secara berterusan sepanjang masa tanpa mengenepikan adat dan budaya masyarakat Adat Perpatih Naning. Harapan saya agar usaha pembangunan Adat Budaya Perpatih Naning akan menjadi pemangkin penting dalam usaha bersama-sama pihak kerajaan mengukuhkan kesatuan, kerukunan, kestabilan dan merancakkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi.

Seluruh masyarakat Wilayah Naning mengucapkan terima kasih dan menghargai komitmen serta sumbangan semua pihak dalam menjamin dan mengekalkan keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara dan wilayah ini yang dengannya membolehkan pembangunan dan kemajuan berjalan dengan baik seperti dirancang.

Naning sering kali dikaitkan dengan pelbagai tohmahan, kontroversi serta noda hitam yang menyelubungi sejarahnya. Hari ini masyarakat lazim mengaitkan Naning dengan pemberian gelaran adat tanpa mengikut lunas yang betul sehingga menjejaskan nama baik Institusi Naning. Saya menyeru semua pihak memandang serius perkara ini serta usaha membendung gejala ini dipergiatkan lagi. Selaku Pewaris Pusaka Tertua Adat Perpatih Melaka, kita berjanji untuk memastikan perkara ini diperbetulkan dengan sebaiknya.

Selain itu, perbalahan serta perebutan jawatan Dato Undang Naning semakin diluar kawalan. Banyak pihak menuntut pusaka ini tanpa mengira lunas yang betul sehingga berlaku kucar kacir dalam penentuan siapakan sepatutnya Dato Undang Naning Sebenar. Kesemua mereka yang menuntut ini tidak mengikut kriteria pemilihan yang sebenar. Boleh dipastikan semua yang mengelar diri sebagai Dato Undang Naning kini tidak menepati kriteria utama termasuklah tidak ada diantara mereka yang mengurus jasad/menanam jasad Dato Undang sebelum ini Ketika wafat. Ini termasuk juga individu yang terlalu muda berpangkat cucu kepada Dato Undang turut menuntut pusaka ini sedangkan jelas bahawa pusaka turun kepada anak buah (anak saudara lelaki tertua dari perut ibu(adik beradik Dato Undang) yang tertua. Seharusnya semua pihak hendaklah berbalik kepada 4 asas utama dalam pemilihan sosok tubuh seorang pembesar yang digelar Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning iaitu:

  1. Raja Mati Raja Menanam
  2. Pusako Turun ke Anak Buah
  3. Yang Tuo di Tuokan
  4. Adat Nan Diadatkan

Selaku Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka, kita berjanji untuk memastikan perkara ini diperbetulkan dengan sebaiknya. Semua pihak diseru berbalik kepada susur asas yg telah terbina beratas tahun yang menjadi teras dan tunjang kepada pemerintahan wilayah undang Naning. Berpaksilah kepada ADAT BERSENDIKAN SYARAK DAN SYARAK BERSENDIKAN KITABULLAH. Usahlah semua menjadi pahlawan bertengkar berebut hak sedangkan jelas dan mudah utk menentukan sesuatu perkara jika kita saling menerima sesuatu perkara yang sudah menjadi haknya.

Akhir sabda, saya berdoa semoga Melaka negeri bertuah dan wilayah ini serta rakyatnya akan terus diberkati dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan taufik dan hidayah, aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindungan-Nya. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dato Paduka Seri Diraja Abu Hassan Bin Hj Mansor
YAM Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka
YAM Pewaris Tertua Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning Melaka

WILAYAH ADAT PERPATIH NANING

Naning ialah suatu kawasan di Melaka, Malaysia. Walau bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16.

Menurut Newbold (1839), Naning merupakan salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan yang melibatkan sembilan buah negeri (rantau Minangkabau) yang diteroka masyarakat Minangkabau daripada Sumatera Barat. Naning mula diteroka oleh orang Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad yang ke-14.


Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli.

Disamping itu, wilayah Naning diperintah oleh seorang Penghulu yang bergelar Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah daripada keluarga Nan Bergajah Tunggal (kerabat Naning). Sistem pentadbiran di Naning bukanlah bersifat autokrasi tetapi lebih kepada sifat demokrasi iaitu sistem adat Nan Berjenjang Naik yang membawa maksud pembesar atau ketua dalam sesuatu komuniti (dalam Naning) tertakhluk kepada kuasa daripada orang bawahannya.

Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya sendiri apabila pemerintahan dilicinkan lagi dengan kewujudan Lembaga Adat Naning (LAN) yang mempunyai beberapa pecahan struktur.Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya sendiri apabila pemerintahan dilicinkan lagi dengan kewujudan Lembaga Adat Naning (LAN) yang mempunyai beberapa pecahan struktur.

Naning merupakan sebuah kawasan wilayah yang bersempadan diantara daerah Rembau dan Melaka yang berkeluasan kira-kira 200 batu atau 250 KM persegi. Wilayah Naning telah dibuka oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu. Wilayah Naning merupakan sebuah wilayah yang tertua sekali di Malaysia dalam pengamalan adat Perpatih kerana Naning telah dibuka sendiri oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang atau Jatang Sutan Balun. Wilayahnya yang berdekatan dengan Bandar Hilir, Melaka (kira-kira 10 batu) menjadikan bukti yang kukuh dalam pembentukan wilayah oleh masyarakat Minangkabau yang berlabuh di Melaka yang terkenal sebagai perlabuhan dunia. Sifat geografi wilayah Naning di kawasan utara Melaka menguatkan lagi asas pembentukan adat Perpatih seperti mana yang terkandung dalam perjanjian Dato’ Nan Duo Selo iaitu sebuah perjanjian pentadbiran wilayah diantara Maharajo Basa atau dikenali sebagai Datuk Ketemenggungan dengan Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Pada sekitar abad ke-16, Wilayah Naning merupakan salah satu sekutu daripada Sembilan Negeri Melayu yang bersekutu sehingga dikenali dengan nama Negeri yang Sembilan (Negeri Sembilan). Sembilan buah negeri yang bersekutu ini adalah Naning, Rembau, Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Ulu Pahang, Segamat, Kelang dan Jelai.

Peneroka awal – Kumpulan keluarga yang mula-mula sampai dan meneroka Naning adalah :

  1. Kumpulan keluarga Nan Bogajah Tungga
  2. Kumpulan keluarga Semelenggang
  3. Kumpulan keluarga Tiga Batu
  4. Kumpulan keluarga Mungka
  5. Kumpulan keluarga Anak Melaka

ALAT KEBESARAN ADAT PERPATIH NANING

Kitab suci Al-Quran merupakan Alat Kebesaran Diraja yang utama melambangkan pemerintahan raja beragama Islam. Kitab ini dibawa ke majlis istiadat hanya semasa Berkojan YAM Dato Undang Naning. Di permulaan istiadat Berkojan, Al-Quran ini dengan penuh tertibnya dipersembahkan kepada YAM Dato Undang Naning yang kemudiannya beliau akan mengucup dan meletakkannya di atas rehal di meja khas istiadat di atas singgahsana. Al-Quran ini akan berada di tempat khas itu sepanjang istiadat berkojan berlangsung dan dibawa keluar hanya setelah semua atur cara istiadat selesai.

Keris Adat atau Keris Biro (keris sisip) merupakan keris pusaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Mata keris ini diperbuat daripada besi yang dikumpul daripada beberapa daerah dalam wilayah naning, terdiri daripada logam waja bermutu tinggi. Hulu keris, sampir dan sarungnya diperbuat daripada gading jenis terbaik dan diperhalus berkilat. Keris ini merupakan KERIS KEBESARAN KUASA yang diperbuat daripada tembaga seperti emas yang panjangnya hanya sejengkal dewasa dimana keistimewaannya sangat ajaib. Jika keris ini dituntung, ia akan mengeluarkan air dan jika di tegakkan akan mengeluarkan api. Dikhabarkan air keris ini sangat berbisa dan dicatatkan didalam terombo ini:

Ditegak berapi,

Dituntung berair,

Dikobeh (kibas) beribut taufan,

Setitik jatuh ke ladang,

Tujuh musim pokok tak berubah,

Setitik jatuh ke laut,

Tujuh tahun ikan tak beranak.

Keris berukuran 25 inci ini yang melambangkan 25 buah mukim dalam wilayah Naning merupakan KERIS KUASA RAJA PEMERINTAH.

Keris mata sepukal ini diperbuat daripada logam waja bermutu tinggi. Hulu keris, sampir serta sarungnya diperbuat daripada kayu kemuning bukit bersalut emas merah diukirkan penuh rapi melambangkan kedaulatan serta kuasa seorang raja pemerintah dan dikenali sebagai keris persembahan rakyat dengan ikat nama KERIS PENYALANG @ KERIS ALANG HUKUM. Keris Alang atau keris penyalang adalah sejenis keris kuasa, senjata yang tidak digunakan untuk bertarung tetapi lebih merupakan simbol kuasa dan autoriti kerajaan beraja. ‘Keris Alang’ Senjata Hukuman Mati Kerajaan Melayu Tua. Keris Alang digunakan untuk menjalankan hukuman bunuh terhadap penjenayah berat. Keris ini diwarisi lebih 300 tahun yang lalu.

Tengkolok Destar Batik Tajul Layang Selok Pelangi diperbuat daripada kain tenunan warna hitam dan bersulamkan benang emas penuh. Bentuk ikatan dan warna Tengkolok Diraja Tajul Layang Selok Pelangi adalah berlainan. Tengkolol ini bersifat Raja Berdaulat yang garang dan tegas. Di bahagian hadapannya diletakkan lambang Wilayah Naning yang diperbuat daripada emas kuning.

Adapun sebabnya dikatakan Baju Sekepal (Setampuk Pinang) atau Suindusen Wa is Tabrokin itu ialah suatu jenis BAJU AJAIB kebesaran kerajaan Naning (Tanah Biso) nama sebenarnya SINDUSIN WAISTABRAKIN pusaka dari keturunan Nabi Syis as, yang mana potongannya seperti baju orang tua dahulu sepasang dengan SELUARNYA dengan keadaan kainnya pula daripada jenis sutera lembut lunak. Dinamakan setampuk pinang di mana tentang tebuk leher baju itu betul-betul sebesar TAMPUK PINANG (kecil) manakala pada bahagian kaki seluarnya juga serupa keadaannya.

Pedang Kebesaran Diraja merupakan pedang pusaka yang diwarisi daripada berketurunan dan merupakan alatan penting dalam segala istiadat dimana ia diperbuat daripada tembaga berupa emas kuning dan dikhabarkan berasal dari tanah sumatera yang diwarisi dari tanah arab. Dikatakan pedang ini berusia lebih 700 tahun dan hanya digantikan sarungnya terakhir kali pada sekitar tahun 1940an.