Header Lembaga Adat Naning

LANTIKAN, KURNIAAN & GELARAN

Adalah menjadi tanggungjawab manusia bagi memahami sesuatu perkara berdasarkan fakta dan perkara yang tepat bagi mengelakkan diri dari bersangka-sangka.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Al-Hujjarat:12

Berdasarkan itu fasal lantikan, kunrniaan & gelar terhadap orang-orang adat adalah diwasalkan dan termaktub dalam Tambo Alam sebagai hak dibawah kuasa penuh Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning:

  1. Sesuatu lantikan setelah mengikut adat yang diadatkan dengan tertibnya adalah menjadi kuasa penuh Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning. Lantikan ini dibuat dan dibatal hanya dengan kuasanya setelah mendapat pandangan serta cadangan daripada Lembaga Adat, Pembesar Adat, Ibu Soko, Adat Adat dan suku-suku mana yang berkaitan dengannya.

  2. Sesuatu Kurniaan pula setelah dipertimbangkan oleh peribadi Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning adalah menjadi kuasanya untuk memberikan apa jua kurniaan kepada anak suku, anak adat mahupun pusaka melayang mengikut tertib amalan adat yang diadatkan.

  3. Manakala sesuatu gelar yang diwasalkan kepada anak suku, anak adat mahupun pusaka melayang adalah gelar adat yang termaktub dalam susunan kuasa peribadi Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning dan Lembaga adatnya.

  4. Pengiktirafan terhadap lantikan, kurniaan dan gelar tertakluk kepada kuasa peribadi Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning. Lembaga Adat Naning tidak tertakluk bawah kuasa negeri Melaka tapi di bawah lembaga adat seperti yang tercatat di dalam Fasa 34 Perlembagaan Negeri Melaka.

  5. Hak untuk lantikan, kurniaan dan gelar Naning bukan di bawah Yang Dipertua Negeri Melaka tapi di bawah kuasa penuh Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning.

  6. Manakala hak Yang Dipertua Negeri Melaka menurut Perkara 34 Undang-Undang Tubuh Negeri Melaka adalah seperti berikut:
    1. Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan yang disebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning.

    2. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan selepas Yang di-Pertua Negeri Wilayah Adat Perpateh Naning.

    3. Yang di-Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan nasihatnya terus kepada Yang di-Pertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

    4. Tertakluk kepada Perlembagaan Perseketuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.

Dalam Perkara ini “Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat Perpateh Naning (iaitu suatu adat yang tidak mempunyai apajua hubungan dengan ugama).

  1. Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap tugas samaada Yang Dipertua Negeri mahupun Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning menjalankan Amanah serta tanggungjawab mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri serta Perlembagaan Persekutuan.

  2. Adalah pula menjadi tanggungjawab bagi seseorang yang diberi lantikan, kurniaan dan gelar senantiasa taat serta menyumbang bakti terhadap Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning mengikut sumpah yang telah dilafazkan dengan juga tidak melakukan apa-apa perlanggaran oleh mana-mana peraturan, enakmen serta undang-undang.

  3. Sesuatu lantikan, kurniaan dan gelar yang diwasalkan boleh diletakkan di awal nama bagi membedakan serta menyusur tanggungjawab yang telah diwasalkan seperti Dato Paduka Imam Tuan, Dato Paduka Pawang Diraja, Orang Kaya Shahbandar Dato, lain-lain yang senadanya.

  4. Hebatnya Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning sehingga HM Queen Elizabeth sendiri pernah datang mengadap dan berjumpa dengan Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning bagi mendapatkan persefahaman dan perdamaian setelah Inggeris dimalukan dgn kerugian lebih 100 ribu paun ketika melawan Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning tersebut. Ini termasuklah menghadiahkan sebuah bangunan kepada Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning bagi tujuan pentadbiran Wilayah Naning.

AKTA DERHAKA

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya suatu ‘Akta Derhaka’ digubal. Menurut laporan Bernama: “Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang- undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja. “Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan, Undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara. “Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka,”.

Kesalahan hasutan itu berbeza dengan penderhakaan;  kesalahan hasutan yang terkandung dalam Akta Hasutan memerlukan elemen kecenderungan pihak ketiga terhasut oleh kata-kata atau perbuatan tertuduh. Derhaka pula bersifat peribadi, iaitu di antara individu dengan raja atau institusi diraja itu sendiri.

Treason adalah belot atau khianat, seperti percubaan menggulingkan pemerintah. Melawan raja adalah ‘treason’. Tetapi derhaka tidak mermerlukan perbuatan yang begitu drastik, tidak taat kepada raja itu boleh dianggap derhaka.

Di Malaysia, kita tidak mempunyai undang-undang lese majeste atau undang-undang yang menghukum perbuatan menjatuhkan maruah atau martabat raja. Bandingkan ini dengan Thailand, misalnya, di mana hukuman dikenakan ke atas mereka yang dikatakan telah menghina raja mereka. Ianya termasuklah meminda apa-apa peruntukan kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tanpa kuasa yang diturunkan oleh Majlis Raja-Raja.