Header Lembaga Adat Naning

KAWASAN UNDANG NANING

PETA ASAL WILAYAH PENTADBIRAN NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN WILAYAH ADAT PERPATIH NANING

Map 1

PENTADBIRAN MODERN WILAYAH ADAT PERPATIH NANING, MELAKA

Map 2

Adat Perpatih dikenali sebagai satu adat yang diamalkan dalam Wilayah Naning di Melaka satu ketika dulu. Terdapat 25 Mukim di bawah Wilayah Naning dan setiap mukim dipimpin seorang Penghulu Adat.

Daerah

INSTITUSI LUAK UNDANG NANING

LEMBAGA ADAT NANING, PEMBESAR WARIS, IBU SOKO, ORANG BESAR BALAI, ORANG KAYA, DATO SETIA BAKTI & BUAPAK

Pewaris

YAM PEWARIS TERTUA PUSAKA ORANG KAYA SERI RAJA
MERAH DATO UNDANG NANING MELAKA

Yang Amat Mulia Pewaris Pusaka Tertua Orang Kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Mansor DK,DSSN,BAT,PJK

Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Mansor dilahirkan pada 13 Jun 1946 di Telapak Ibu Soko Empok Binti Hassan dimana ibunya bernama Rahman Binti Kering, adinda kepada Dato Othman Bin Kering, Dato Undang Naning ke 18 manakala ayahnya adalah Hj Mansor Bin Hj Basir bersuku Tiga Batu juga merupakan keturunan Keluarga Adat Perpatih Naning. Telah ditakdirkan Allah swt, Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Mansor merupakan pewaris Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah berdasarkan Julat Keturunan Perut Pertama dari bapa saudaranya iaitu Dato Othman Bin Kering, Dato Undang Naning ke 18. Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Hj Mansor telah mendirikan rumahtangga bersama suri hatinya Yang Mulia Toh Puan Napsiyah Binti Saleh dari Suku Semelenggang Naning dan dikurniakan 3 Orang Putera dan Seorang Puteri.

YAM Dato Hassan Bin Mansor

Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Hj Mansor mendapat Pendidikan awal persendirian sebelum melanjutkan Pendidikan menengah di Sang Nila Utama Secondary School (SNU) Singapura pada tahun pada tahun 1961 sehingga berumur 20 tahun. Selain dari Pendidikan formal, beliau juga mengikuti kursus asas ketenteraan briget melayu serta mendalami ilmu agama bersama beberapa tokoh agama Malaya di ketika itu. Pada tahun 1958, beliau belajar ilmu Hadith di Madrasah Alsagoff. Beliau juga sempat menuntut ilmu secara langsung kepada pakar ilmu Fiqh tersohor, Habib Abdullah bin Shaikh Balfaqih di Kampong Melaka (Gray Lane). Pada tahun 1960 pula, beliau berguru kepada Shaikh Muhammad Fadhlullah bin Muhammad As-Suhaimi As-Syaibani.

Pada Tahun 1962, beliau telah mendapat lampu hijau dari keluarganya untuk menyertai Askar Melayu Diraja dan ditugaskan di banyak Lokasi termasuklah bertugas Ketika konfrantasi Indonesia pada tahun 1963 semasa darurat di Sungai Kalabakan dibawah kepimpinan Leftanan Kolenol Raja Shabudin pada 29 Disember 1963. Pelbagai pengalaman ketenteraan antaranya proses pembersihan saki baki komunis di Malaya merupakan kenangan terindah sepanjang berkhidmat sebagai Askar Melayu sehingga tahun 1986. Semangat pejuang ketuanan melayu ini membara mengalir dari darah keturunanya Dato Dol Said dan bapa saudaranya Dato Othman Kering yang gugur syahid ditangan penjajah.

Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Hj Mansor telah menganggotai Lembaga Adat Naning sejak berumur 25 tahun bermula tahun 1970 disaat pentadbiran Dato Mohd Shah yang meminjam pusakanya. Ketika ini beliau masih berkhidmat dalam Askar Melayu. Beliau juga telah mengikuti kursus-kursus pentadbiran mukim yang dijalankan oleh Pejabat Tanah Alor Gajah dan Kerajaan Negeri Melaka sepanjang bersama Lembaga Adat Naning. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Adat Naning dan seterusnya sebagai Pembesar Waris Dato Paduka Lela Seri Maharaja.

Berdasarkan Julat Keturunan Orang Kaya Seri Raja Merah, 5 lantikan Dato Undang sejak tahun 1971 telah meminjam pusaka beliau. Dengan latarbelakang julat keturunan, Pendidikan, Pengalaman serta pengetahuan tentang Adat Perpatih Naning Melaka, adalah menjadi tanggungjawab semua memberikan keyakinan kepada Yang Amat Mulia Dato Hassan Bin Hj Mansor mengetuai Wilayah Adat Perpatih Naning berasaskan kriteria dan protokol yang ada.

LAMBANG/JATA KEBESARAN WILAYAH ADAT PERPATIH NANING, MELAKA

Jata Naning
Lambang Naning

Warna Latar Belakang

Kuning : Kebesaran Diraja adan Dato Undang Naning
Merah : Kedaulatan anak buah dan rakyat Undang Naning
Hitam : Kebesaran Dato-Dato Adat

Sebuah Dastar di Bendera dan Bunga Padi

Sebuah Dastar melambangkan kedudukan Yang Amat Mulia berada di puncak pentadbiran Naning yang menjadi penaung anak buah dan penduduk Naning.

Bunga Padi

Bunga Padi di kedua-dua belah lambing menunjukkan kemakmuran dan kesepakatan 25 mukim menjadi keutamaan pentadbiran Dato Undang Naning.

4 Bendera

4 Bendera menunjukkan 4 suku utama diketuai oleh 4 Tiang Balai yang asalnya datang dari Minangkabau dan ditambah dengan 3 suku kekebangan. 4 Bendera itu mewakili:

  • Suku Semelenggang – Bendera Ular-Ular
  • Suku Mungka – Bendera Utar-Utar
  • Suku Tiga Batu – Bendera Tonggo
  • Suku Anak Melaka – Meruar

DATO LUAK UNDANG NANING

Penghulu Naning (atau Undang Naning) ialah jawatan ketua bagi wilayah adat (luak) Naning di Melaka. Sebelum era penjajahan Inggeris yang memasukkan Naning ke dalam pentadbiran Melaka, Penghulu Naning diiktiraf sebagai pemerintah berdaulat di Naning. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, kedudukan Penghulu Naning dan Lembaga Adat Perpatih Naning Melaka sebagai badan pentadbir diiktiraf dalam Fasal 34 Perlembagaan Negeri Melaka.

Asas pemilihan utama Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning pada asalnya adalah berasaskan keturunan Keluarga Nan Bogajah Tungga iaitu Kumpulan Undang naming dan daripadanya nan diadatkan yang berhak menjunjung pusaka Undang naming yang mempunyai kebesaran Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning (Penghulu Naning). Di dalam Kumpulan ini terdapat Seorang Undang dengan Empat Orang Pembesar Waris Undang naming yang bergelar:

1. Dato Paduka Seri Maharaja
2. Dato Paduka Seri Lela Maharaja
3. Dato Paduka Seri Menteri Penghulu
4. Dato Paduka Seri Syahbandar

Bahawa pusaka ini diadatkan pusaka terjeli iaitu “Patah Tumbuh, Hilang Boganti, Hilang Satu Boganti Satu, Tak Boleh Dianjak Dialah Lagi. Di-cabot Bopantang Layu, Dianjak Bopantang Mati, Sohari Tanam, Sohati Tumbuh, Rajo Mati Raji Monanam”.

Berdasarkan pernyataan diatas, asas pemilihan Asal adalah:

1. Adat Nan Diadatkan ; Keluarga Nan Bogajah Tungga
2. Raja Mati Raja Menanam

Rujukan: Bab VII: Keluarga Nan Bogajah Tungga (117) Muka Surat 176

Asas pemilihan utama Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning ditambah semasa berlakunya kematian tanpa waris Dato Mohd Salleh @ Agap Bin Ibrahim pada tahun 1900 dimana meninggalkan anak buah dari 3 adik beradik Perempuan iaitu:

1. Anum Binti Rahim (Perut Pertama)
2. Jaiyah Binti Rahim (Perut Ke-2)
3. Anor Binti Rahim (Perut Ke-3)

Maka oleh sebab itulah kekembangan yang ada sekarang berasaskan tambahan 2 kriteria asas pemilihan iaitu:

1. Pusako Turun ke Anak Buah dimana pusaka akan turun ke anak buah lelaki Dato Undang dari Perut Ibu tertua adik-beradik Dato Undang.

2. Yang Tuo di Tuokan membawa maksud jika tiada penganti di dalam perut pertama asbab hilang kelayakan, maka pusaka dipangku oleh perut ke-2 seterusnya ke-3 dan hendaklah diserahkan semula kepada perut pertama sekiranya pemegang pusaka tersebut telah bersedia.

Berdasarkan pernyataan diatas, 4 asas utama dalam pemilihan sosok tubuh seorang pembesar yang digelar Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning iaitu:

1. Adat Nan Diadatkan ; Keluarga Nan Bogajah Tungga

2. Raja Mati Raja Menanam

3. Pusako Turun ke Anak Buah

4. Yang Tuo di Tuokan

Berikut adalah kriteria asas pemilihan serta lantikan Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning bermula dari Dato Undang Naning 1 (Versi Belanda) Dato’ Megat Alam Melintang (Dato Naning -12) Dato Seraja Merah

Bilangan Versi Belanda Tahun Penyandang Undang Naning Perut Kriteria Asas Lantikan
Pertama1641-1671Dato’ Megat Alam Melintang (Dato Naning -12) Dato Seraja Merah *Penghulu Naning Pertama mengikut Versi Belanda
Kedua1671-1701Dato’ Megat Junjungan Limau / Dato Seraja Merah II
Ke-31701-0705Dato Juara Megat Juana Lenggang
Ke-4 1705 -1765Dato’ Kokah Bernama Zohri
Ke-51765-1775Dato’ Gahang Berbulu
Ke-61775-1780Dato’ Selamat Idris
Ke-71780-1786 Dato’ Timbo
Ke-81786-1799Dato’ Anjak
Ke-91799-1849Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said
Ke-101849-1870 Dato’ Idas Bin Kasim
Ke-111870-1900Dato’ Mohd Salleh @ Aghap Bin RahimSemasa kemangkatan Dato’ Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim, ketiadaan penganti menyebabkan musyawarah antara 3 perut Anum, Jekyah dan Amor memutuskan 3 Asas Pemilihan Pusaka Raja Merah wajiblah seprti berikut: 1. Raja Mati Raja Menanam 2. Pusako Turun ke Anak Buah 3. Yang Tuo di Tuokan 4. Adat Nan Diadatkan
Ke-12 1900-1901Dato’ Ranting Bin Tahir Pemangku Naning-12 memandangkan beliau tidak memiliki asas pemilihan ditetapkan.2Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [/] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X] Bab VII (125) Muka Surat 175
Ke-131901-1916Dato’ Hassan Bin Sulong (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Idas Bin Jalal[11] melalui ibu tertua Anom Perut 1)1Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [/] Yang Tuo di Tuokan [/] Adat Nan Diadatkan [/]
Ke-141918-1923 Dato’ Omar Bin Hassan (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Hassan Bin Sulong[13] melalui ibu tertua Enchom)1Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [/] Yang Tuo di Tuokan [/] Adat Nan Diadatkan [/]
Ke-151923-1931Dato’ Arshad Pemangku Naning-15 merupakan pusaka perut ke-3 dilantik memandangkan pusaka perut pertama (Dato Othman) dan kedua (Dato Che Lah) masih belum cukup usia3Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [X] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X]
Ke-161932-1941Dato’ Othman bin Kering (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Omar Bin Hassan [14] melalui ibu tertua Empok)1Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [/] Yang Tuo di Tuokan [/] Adat Nan Diadatkan [/] Rekod: Dato Othman Kering telah dibunuh tentera jepun semasa beliau bersama-sama pasukan British di Singapura sekitar akhir 1941 dan awal 1942.
Ke-171942-1949Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab Pemangku (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Ranting Bin Tahir melalui ibu tertua Iman Binti Tahir) Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab dilantik akibat kehilangan (Kematian) Dato’ Othman bin Kering2Raja Mati Raja Menanam [X] Pusako Turun ke Anak Buah [X] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X]
Ke-181951-2004Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Arshad (15) melalui ibu tertua Khalijah) Satu ketetapan mesyuarat adat: Pada 1952 bagi membolehkan pusaka dipinjamkan kepada Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj daripada perut pertama seterusnya mencapai persetujuan pusaka diantara perut dengan mengutamakan perut tertua, pusaka tertua selaras dengan adat ‘Yang Tuo diTuokan’3Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [X] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X] Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj dilantik kerana pewaris pusaka sebenar iaitu Dato’ Hassan Bin Mansor (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Osman bin Kering[16] melalui ibu perut Tertua Rahmah Binti Kering) masih berumur 7 tahun.
Ke-192004 -2012 Dato’ Abdul Latif bin Hj. Hashim (Anak Buah/Anak Saudara ke-2 Tertua Dato’ Othman bin Kering[16] melalui ibu ke-3 tertua Fatimah Binti Kering)1Raja Mati Raja Menanam [X] Pusako Turun ke Anak Buah [/] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X]
Ke-202012 – 2013Dato’ Mohd Salleh Bin Md. Som (Cucu Saudara Tertua Dato’ Omar Bin Hassan[14] melalui nenek ke-2 tertua Hawa Binti Hassan)1Raja Mati Raja Menanam [X] Pusako Turun ke Anak Buah [X] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X]
Ke-212013 –2020 Dato’ Dr. Nordin Bin Abd Jalil (Cucu Saudara Tertua Ke-2 Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab[17] melalui ibu Khadijah nenek Mahawa)2Raja Mati Raja Menanam [X] Pusako Turun ke Anak Buah [X] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X]
Ke-222020 -2023Dato’ Mohd Nazrol Bin Mahamad Sapar (Cicit Saudara Tertua Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj melalui ibu Minah Binti Manap- nenek Fatimah – moyang Nyah Binti Said meminjam pusaka Dato’ Hassan Bin Mansor melalui persetujuan upacara pemasyhuran pada SABTU, 27 Saaban 1442H bersamaan 10 April 2021M)3Raja Mati Raja Menanam [X] Pusako Turun ke Anak Buah [X] Yang Tuo di Tuokan [X] Adat Nan Diadatkan [X]
Ke-232023 – KiniDato’ Hassan Bin Mansor (Anak Buah/Anak Saudara Tertua Dato’ Osman bin Kering[16] melalui ibu perut Tertua Rahmah Binti Kering) Untuk NOTA: Dato Hassan Bin Mansor merupakan individu yang terlibat menyambut jenazah Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj selaras dengan ‘Rajo Mati Rajo Menanam’1Raja Mati Raja Menanam [/] Pusako Turun ke Anak Buah [/] Yang Tuo di Tuokan [/] Adat Nan Diadatkan [/] Untuk Rekod: [1]Dato Hassan Bin Mansor telah disahkan pemegang pusaka yang sah sejak pemerintahan Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab pemangku Undang Naning 17 berakhir tahun 1949. [2]Kerana ketiadaan pewaris pusaka akibat belum cukup usia, maka pemilihan Dato Mohd Shah (18) tertangguh sehingga 3 tahun akibat ketiadaan pewaris. Ini jelas menunjukkan Dato Mohd Shah juga meminjam pusaka Perut Pertama sepertimana Dato’ Cek Lah. [3] Semasa pemilihan Dato Latif (19) juga sekali lagi : Dato Hassan Bin Mansor merupakan individu yang dipilih berdasarkan asas pemilihan, akan tetapi musyawarah antara perut menimbangkan permintaan Ibu Fatimah Binti Kering (ke-3 tertua) untuk melantik anak ke-2 tertua iaitu Dato Latif (19).

SENARAI DATO UNDANG NANING TERDAHULU

Berikut adalah susur galur Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning:

Bil Undang Perut Pemerintahan
1Dato Perpatih Nan Sebatang/Sutan Balun 1345-1395
2Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading1395-1419
3Dato Batin Maha Galang1419-1443
4Dato Tua Raja Alam1443-1467
5Dato Raja Alam Merah1467-1491
6Dato Sayyed Serban Kuning1491-1515
7Dato Lebai Seklan1515-1539
8Dato Undang Naning 81539-1563
9Dato Undang Naning 91563-1587
10Dato Undang Naning 101587-1615
11Dato Undang Naning 111615-1640
12Dato’ Megat Alam Melintang (Dato Naning -12) Dato Seraja Merah *Penghulu Naning Pertama mengikut Versi Belanda1641-1671
13Dato’ Megat Junjungan Limau / Dato Seraja Merah II1671-1701
14Dato Juara Megat Juana Lenggang1701-0705
15Dato’ Kokah Bernama Zohri1705 -1765
16Dato’ Gahang Berbulu1765-1775
17Dato’ Selamat Idris1775-1780
18Dato’ Timbo1780-1786
19Dato’ Anjak1786-1799
20Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said11799-1849
21Dato’ Idas11849-1870
22Dato’ Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim11870-1900
23Dato’ Ranting Bin Tahir21900-1901
24Dato’ Hassan Bin Sulong11901-1916
25Dato’ Omar Bin Hassan11918-1923
26Dato’ Arshad31923-1931
27Dato’ Osman bin Kering11932-1940
28Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab21942-1949
29Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj31951-2004
30Dato’ Abdul Latif bin Hj. Hashim12004 -2012
31Dato’ Mohd Salleh Bin Md. Som12012 – 2013
32Dato’ Dr. Nordin Bin Abd Jalil22013 – 2020
33Dato’ Mohd Nazrol Bin Mahamad Sapar32020 – 2023
34Dato’ Hassan Bin Mansor12023 – Kini
Askar Bersejarah

JULAT KETURUNAN ORANG KAYA SERI RAJA MERAH

Seri Maharaja Merah

Menurut aturan Taboh Naning dalam Adat Perpatih, prinsip “yang tua dituakan” adalah suatu yang harus dipegang kuat oleh pengamal adat bagi mengelakkan kekecohan dalam masyarakat yang menjunjung Adat Perpatih. Ibu Soko atau Perut yang “tua” mesti dituakan, dan waris Perut 1 adalah yang “tua” dan mesti dituakan sebagai satu penghormatan aturan dan tertib dalam Adat Perpatih.

Manakala apabila tiada waris dari Perut 1 yang belum bersedia menjadi Dato’ Naning, maka junjung pusaka dipinjamkan kepada waris Ibu Soko ke 2 dan/atau Ibu Soko ke 3 untuk dipangku dan akan dikembalikan setelah waris dari Ibu Soko 1 sudah bersedia menjunjung pusaka Dato’ Naning.

Kata Pepatah Adat:

Nan tuo dihormati,
Nan ketek disayangi,
Samo gadang bawo bakawan
Ibu jo bapak diutamokan

Satu lagi aturan Taboh Naning dalam Adat Perpatih, prinsip “Raja Mati Raja Menanam” adalah suatu prinsip yang harus dipegang kukuh bagi mengelakkan perbalahan dan perebutan kuasa. Bakal raja ialah yang sudah diputuskan dalam Adat Perpatih adalah orang yang menanam Raja yang mati. Bakal raja yang dimaksudkan mestilah dari waris Ibu Soko@Perut 1 berdasarkan prinsip “yang tua dituakan”.

Dalam konteks ini, Dato Abu Hassan Hj Mansor yang dimaksudkan sebagai “Raja Mati Raja Menanam” telah meletakkan jasad Dato’ Naning ke 18 ke dalam liang lahad. Hari ini, Dato Hassan bergelar Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka di bawah pentadbiran Negeri Melaka yang dipimpin oleh TYT Melaka.