Misi Unit
Misi unit ini ialah untuk mencapai penuh kejayaan dalam mengendali dan mentadbirkan segala urusan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti YAM Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka sebagai Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka. Ini termasuklah tanggungjawab untuk mengekalkan adat adat perpatih Melaka sebagai satu warisan bangsa Melayu yang kita cintai dan hargai.
Disamping itu, adalah menjadi tanggungjawab unit ini juga untuk membantu dalam menyesuaikan hal-hal adat perpatih yang penuh tradisi ini dikalangan masyarakat semasa. Adat perpatih ini adalah satu-satunya kekayaan bangsa kita yang kita warisi dari zaman lampau yang penuh dengan kegemilangan.
Adalah menjadi misi unit ini juga untuk membantu memupuk perasaan taat setia kepada pihak pemerintah, demi kita semua terus bersatu padu. Dengan ini pelbagai program serta usaha disusunkan oleh Unit ini bagi mengembalikan kegemilangan masyarakat adat perpatih ni negeri Melaka yang disayangi. Unit ini juga akan menjadi tali penyambung Masyarakat Adat Perpatih Melaka kepada dunia luar dari semua aspek.
Fungsi utama unit ini ialah untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan aktiviti aktiviti YAM Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka sebagai Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka bagi menjalankan tugas YAM sebagai Ketua Adat. Dalam sistem ini institusi Naning kekal wujud, dengan mengekalkan hierarki yang telah wujud semenjak zaman silam. Yang berbeza antara sistem kini dan pemerintahan di zaman silam ialah pemerintahan YAM kini tidak lagi “absolute” tetapi mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang atau perlembagaan (Constitution).
Pejabat ini diwujudkan bagi mengendalikan segala urusan dan pentadbiran terhadap pelaksanaan pemerintahan aktiviti YAM Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka sebagai Pewaris Tertua Adat Perpatih Melaka selaku Ketua Adat